![]() |
![]() |
![]() |
![]() | |
|
Tragedi ini lanjutan dari serangan tentera Jepun ke atas Tanah Melayu pada tahun 1941. Dalam Perang Dunia Kedua ini, tentera Jepun telah menyerang pelabuhan Pearl Harbour . Serangan kapal terbang Jepun yang begitu hebat ini dapat anda lihat dalam filem Hoolywood ' Pearl Harbour. Selepas serangan ke atas Amerika, Jepun meneruskan tujuan sebenarnya iaitu ingin menguasai kekayaan galian di Asia Tenggara terutama sekali Malaysia. Ketika itu Malaysia di kenali sebagai Tanah Melayu sahaja. Tentera Jepun mendarat di Kelantan dan membuat dua arah iaitu melalu pantai Timur dan pantai Barat . Seterusnya menuju ke Singapura. Mereka datang berbasikal sahaja . Pemerintah Tentera Jepun datang dengan menaiki kereta khas. Setelah 18 hari menguasai Tanah Melayu, kira-kira 100 tentera Jepun meninjau kekuatan tentera British di kawasan Kuala Pilah. Tibalah mereka di satu kampung yang bernama Kampung Parit Tinggi berhampiran dengan Kuala Pilah. Ramai penduduk keturunan Cina di sana. Tentera Jepun memang tidak berpuas hati dengan orang Cina sejak dahulu lagi. Tentera Jepun kononnya menuntut keadilan. Ketua kampung telah dikerah mengumpulkan semua penduduk kampung. Ketia kampung ketika itu bernama Yong Cheng Hong. Lebih 100 orang penduduk kampung berjaya dikumpul. Tentera Jepun amat gembira melihat ramai penduduk kampung keluar menyambut mereka. Ketika pemerintah tentera Jepun asyik bersukaria dan menikmati hidangan tengah hari, tiba-tiba beliau menjadi berang. Semua penduduk kampung diarahkan ke tengah padang dan dikepung. Tentera Jepun mengelilingi mereka dengan muka bengis. Senjata diacukan kepada penduduk. Maka penduduk kampung semakin bimbang. Ada yang merayu dan menjerit minta dibebaskan. Mereka amat mengharapkan belas ehsan daripada tentera Jepun .
|
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |