Make your own free website on Tripod.com
 
Jepun Malaysia Perang Lokasi Atom Ke Jepun Mangsa
 












  Tragedi Kampung Parit Tinggi, Kuala Pilah , Negeri Sembilan, Malaysia.

Soon Kian Seng ada keluarga di situ.  Soon Kian Seng cukup mengingati tarikh peristiwa tersebut. Tarikh  tragedi  ialah pada ........

Tembakan dilepaskan bertubi-tubi. Ramai penduduk kampung telah  rebah ke bumi.  Darah  merah menyembur    beserta dengan  raungan kesakitan. Ada yang cuba  menuntut bela dan melawan   tentera Jepun yang  melepaskan  tembakan membabi-buta. Tapi   tentera Jepun semakin  garang dan gila melepaskan  tembakan.

Ketika itulah  Soon Kian Seng  telah  dipeluk oleh neneknya yang bernamaChua Sook Bee. Ibu  Lim Ah Eng dan  bapanya  hilang dari pandangan mata. Diikuti  dengan adik perempuannya   Soon  Sook Sia. Tubuh manusia  tidak berdosa, bergelimpangan   bermandikan  darah.  Manakala  tentera Jepun  terus berpesta darah. Soon menyangka ibu dan bapanya  telah mati dibunuh oleh  tentera Jepun.

Ketika itu seorang tentera Jepun yang menghunuskan  pedang samurai  telah mengarahkan mereka yang masih hidup melarikan  diri. Peluang itu digunakan oleh Soon Kian Seng , neneknya dan  penduduk yang masih  hidup lari sekuat-kuat hati. Demikianlah   jika  umur ditakdirkan masih panjang.

Dia bersama dengan nenek  telah bersembunyi di bawah rimbunan buluh. Mereka pindah ke Kampung Pelangi dan mengusahakan tanah pertanian.

Ketika berumur 13 tahun ,   Soon mendapat berita ibunya  telah bekerja  dengan  tuan ladang  Inggeris dan    telah berkahwin. Ibunya mendapat 3 orang anak. Tidak lama kemudian dia mendapat berita ibunya telah dibunuh.

Kemudian bapanya turut dibunuh.

Jadi sangkaan ibu bapanya dibunuh oleh  tentera Jepun  tidak betul.

Kini Soon Kian Seng  telah berkahwin  dengan              . Mulanya dia bekerja sebagai pemandu lori. Kemudian   bekerja sebagai pemandu  teksi.  Dia  pernah popular dalam sukan   tinju. Dia pernah bertanding dengan Datuk Gan Boon Leong, Exco Kerajaaan Negeri Melaka.

Tragedi sanak-saudaranya mati dibunuh  kekal dalam ingatan.