Jepun Malaysia Perang Lokasi Atom Ke Jepun Mangsa
 












 
 Tragedi Kampung Parit Tinggi, Kuala Pilah , Negeri Sembilan, Malaysia.

Tragedi ini  lanjutan dari serangan tentera Jepun ke atas Tanah Melayu pada tahun 1941. Dalam Perang Dunia Kedua ini, tentera Jepun telah  menyerang pelabuhan Pearl Harbour  . Serangan kapal terbang Jepun yang begitu hebat ini dapat anda lihat dalam filem  Hoolywood ' Pearl Harbour. Selepas serangan ke atas Amerika, Jepun meneruskan tujuan sebenarnya iaitu  ingin menguasai kekayaan  galian di Asia Tenggara terutama sekali  Malaysia. Ketika itu Malaysia di kenali sebagai Tanah Melayu sahaja.

     Tentera Jepun mendarat di Kelantan  dan membuat  dua  arah iaitu melalu  pantai Timur dan pantai Barat . Seterusnya  menuju ke  Singapura. Mereka datang berbasikal sahaja . Pemerintah Tentera Jepun datang  dengan menaiki kereta  khas.

     Setelah 18 hari menguasai Tanah Melayu,    kira-kira 100 tentera Jepun  meninjau kekuatan tentera British di kawasan Kuala Pilah.   Tibalah mereka di  satu kampung yang  bernama  Kampung Parit Tinggi berhampiran dengan  Kuala Pilah.

     Ramai penduduk keturunan Cina di sana.  Tentera Jepun memang tidak berpuas hati dengan orang Cina  sejak dahulu lagi. Tentera Jepun kononnya menuntut keadilan.

     Ketua kampung telah dikerah mengumpulkan  semua penduduk kampung.  Ketia kampung ketika itu bernama  Yong Cheng Hong. Lebih 100 orang penduduk kampung berjaya dikumpul. Tentera Jepun   amat gembira  melihat  ramai penduduk kampung  keluar menyambut mereka.

     Ketika   pemerintah  tentera Jepun     asyik bersukaria dan menikmati hidangan   tengah hari,  tiba-tiba beliau menjadi berang.  Semua penduduk kampung diarahkan ke  tengah  padang dan  dikepung.

     Tentera  Jepun mengelilingi mereka dengan muka bengis.  Senjata diacukan kepada  penduduk. Maka  penduduk kampung semakin bimbang. Ada  yang  merayu dan menjerit minta dibebaskan. Mereka amat mengharapkan belas ehsan daripada tentera Jepun .